Catatan sebelum ini http://zeckry.net/2020/05/04/amalan-ibu-duit-siri-ketiga/

Pada malam itu, selepas solat isya`..entah kenapa mata teramat mengantuk dan terus aku tertidur di atas sejadah…tiba dalam tidur tersebut antara sedar guruku Syeikh Mukhtar datang dalam mimpi tidurku dan terus memberitahu.. Wahai anakku ! Kamu sering mengadu kepada cucu Rasulullah SAW di maqamnya tentang kejadian yang menimpa ke atas kamu..kamu kenalkah siapakah hamba Allah yang datang menjumpai kamu di maqam Saidina Hussain R.A siang tadi ? Lalu aku menjawab : Tak kenal….Dalam keadaan tersenyum Syeikku memberitahu itulah Rahmatulil Alamin…

Kemudian guruku tadi menjelaskan lagi tentang Hamba Allah itu tadi mengatakan dia datang mengajarkan kamu selawat dan ingin mengingatkan kamu dan umatnya agar sentiasalah berselawat kepada Rasulullah SAW untuk mendapatkan syafaatnya dunia dan akhirat..ajarilah anak-anakmu dengan selawat dan sebarkan selawat untuk umat Islam seluruhnya..umat manusia sekarang lupa kepada menyebut nama Allah dan berselawat ke atas junjungan besar s.a.w ramai umat Islam sekarang terpedaya dan terlalu sibuk dengan dunia hinggakan di hatinya dunia..seolah-olah meraka tidak mahu mati kerana sayangkan anak, keluarga dan harta benda dan ramai yang mendakwa bahawa mereka sudah berada di zon yang selamat..mereka leka dan tidak belajar apakah itu Ihsan dan makrifatullah….

Sesungguhnya mengingati Allah dan berselawat itu tidak semestinya kamu berada dalam kesusahan anggaplah kesusahan dan kesempitan itu sebagai latihan kita untuk mengenal Allah atau Makrifatullah..

Lalu dia berpesan lagi…Ingatlah sekiranya kamu memperolehi kelapangan dan kesenangan dalam kehidupan kamu akan mati ! Dan dengan selawat juga pintu rezeki dan rahmat Allah sentiasa mendampingi kita..! kemudian guruku pergi dari mimpi dan terus aku terjaga dan aku bingkas bangun dan mengambil wudu` dan solat hajat serta solat istikharah…sambil memohon kepada Allah SWT tunjukilah jalan yang kamu redhai..jam baru menunjukkan 2:45 pagi dan terus mencapai nota catatan pengajian bersama beliau untuk meneliti sambil merenung apa yang dipelajari sebelum ini dan memikirkan pesanan-pesanan dalam mimpi tadi..

Sambil itu aku bertafakur sejenak bahawa sebelum ini aku pernah dengar dari ulama-ulama Al-Azhar yang sering berjumpa Nabi SAW secara yaqazah (secara sedar) di dalam masjid Saidina Hussain dan Masjid Al-Azhar.

Di samping itu aku terus bertafakur  dengan meneliti manuskripku yang tersimpan hasil dari pengajian dan pengkajian tentang Siapakah The One atau yang terpilih dan menguatkan lagi sokongan terhadap mimpi aku tadi yang dijelaskan oleh Syeikhku..Istilah The One biasanya kita tahu kalau pernah menonton filem The Matrix akan lebih nampak sebenarnya..Baiklah..Siapakah The One atau yang terpilih..

Istilah ini merujuk kepada orang-orang pilihan Tuhan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kebenaran. Mereka ini kerap disebut sebagai nabi, rasul, orang suci,peramal, pendeta agung, maitreya, avatar dan sebagainya biasanya merupakan orang yang disegani dari segi akhlak dan sikap yang terpuji.

‘The One’ bukanlah orang yang mewar-warkan dirinya sebagai nabi atau utusan Tuhan melainkan setelah diarahkan begitu.Mereka sendiri tidak tahu pada awalnya bahawa diri mereka terpilih sehinggalah diberitahu secara wahyu,ilham atau cara-cara tertentu.

‘The One’ tidak suka orang di sekelilingnya terlalu menyanjung dirinya.Mereka ini biasanya berperawakan tampan,bertubuh tegap dengan ketinggian yang optimum,berwajah manis dan menawan,tutur kata yang elok dan ada aura dan karisma diri.

The One jauh lebih special berbanding dengan wali-wali biasa yang lain. Ada rahsia besar di antara The One dan The Source…The One dijadikan terlebih awal dari sistem matrix ini iaitu sebelum ada bulan bintang dan sebagainya.

The One boleh ‘mengambilalih’ atau copy paste sebarang individu dan menjadi individu tersebut (jangan salah faham dengan rasukan-rasukan tidak mengambil-alih diri dalam).Individu yang ‘diambilalih’ oleh The One akan jadi The One.

Wali-Wali Qutb juga merupakan titisan atau cercahan daripada The One, ramai tidak kenal The One yang mereka tahu nama-nama sahaja tetapi mengabaikan dari mata kasar, titisan The One ada di merata dunia dan menjadi pemimpin dalam satu-satu kaum atau bangsa atau negara yang mengikut masa dan zaman.

Kenapa mereka berjaya membebaskan diri ? kuncinya adalah Ikhlas, Sabar, Amanah dan Iman mereka ‘hidup‘ kerana salah satu sifat kejayaan ‘merentasi’ jalan makrifat adalah keikhlasan.

Keikhlasan kita pada Allah  yang membawa kita mencapai makrifat (melepasi halangan matrix ) bukan kerana taksub kepada sesiapa atau untuk mendapat kelebihan apa-apa tetapi matlamat yang satu iaitu mengenal dengan sebenar Pencipta atau lebih senang kata mengenal diri..

Rentetan daripada pertemuan aku dengan Hamba Allah di Maqam Saidina Hussain R.A dan Malam keesokkannya pula aku bermimpi pula Sidi Ibrahim Al-Qurasy Ad-Dusuqi mahaguru kepada Syeikh Mukhtar tadi..dia datang dalam mimpi dan terus mengajar aku ilmu ‘jazabiah fulus’ atau penarik wang dan rezeki.

Dalam mimpi ini aku melalui seperti tarikan elektrik yang berlapisan cahaya berwarna-warni yang begitu indah sekali dengan kelajuan cahaya terus aku merasakan sampai di dalam masjidnya ketika itu.Mimpi ini berlaku antara aku sedar dan tidak sedar.

Lalu dia memberitahu dengan suara yang lembut :

“Aku tahu kamu antara anak muridku mempunyai masalah kewangan dengan kehidupan dunia yang mencabar sehinggakan boleh melupakan diri kepada Allah SWT tetapi ingatlah sekiranya memperolehi kelapangan dan kesenangan jangan lupa kepada orang yang memerlukan..hidup kita tidak lama akan berakhir dengan kematian walaupun sebanyak mana harta benda kamu kumpulkan di dunia yang fana` ini dan ajarlah kepada umat Muhammad SAW yang memerlukan semoga bermanfaat kerana ilmu ini memerlukannya kesabaran,amanah dan keikhlasan.

Kalam Syeikh

Amalan ini adalah salah satu usaha dan bersyukurlah sekiranya kamu mempolehinya rezeki yang melimpah ruah bantulah atau kongsilah dengan mereka yang memerlukan dengan bersedekah kepada mereka yang mengidap sebarang penyakit yang kesukaran untuk mendapatkan ubat di zaman sekarang seperti wabak penyakit yang boleh membawa maut, pengidap kencing manis,jantung dan anak-anak yatim bagi meringankan bebannya untuk meneruskan kehidupan harian.

Wahai anakku ambillah khazanah ilmu ‘jazabiyyah fulus ‘ ini dengan izin aku dan Allah s.w.t tetapi kamu kena ingat sekiranya kamu memperolehinya tidak boleh dijadikan harta kerana wang ini ditarik daripada hamba-hamba Allah yang tidak membayar zakat dan dari hamba-hamba Allah yang menyalahgunakan wang ke jalan yang batil kamu hendaklah membantu orang yang memerlukan dan keluarkan zakat atau sedekah… gunakan sekadar keperluan.Amalkan nanti kamu mendapat ilham apa yang perlu dilakukan nanti .Setelah habis pesanannya itu terus dia mengajarkan amalan tersebut..

Akhirnya dia pun belalu pergi..terus aku terjaga dan bangun  terus mencatit dan mengamalkan amalan tersebut dengan yakin dalam masa 7 hari aku terus memperolehinya yang diberikan oleh salah seorang wali Allah dalam mimpi berikutnya aku tidak pastikan dia meletakkan disatu ruang rumah aku dan memesan ambillah wang disitu untuk kamu gunakan dan jangan lupa gunakan membayar zakat fitrah nanti..kebetulan ketika itu di bulan ramadhan.

Apakah amalan ibu duit ? Bagaimana untuk mendapatkannya ?

Sebenarnya amalan ini saya teruskan sehingga sekarang dan diberikan izin dengan syarat yang ditetapkan untuk menyebarkan kepada sesiapa saja dikehendaki dengan maharnya dengan nilaian 0.5 gram emas 999 (24K) harga semasa (rujuk harga emas semasa di sini). Kini saya bersyukur kepada Allah SWT segala hutang kawan-kawan terdahulu  telah pun dilangsaikan yang pernah gunakan untuk pelaburan dan program-program yang ikuti dahulu…dengan keberkatan amalan ini rezeki kita terputus dan tidak dicengkam dengan hutang dan masalah kewangan….hati lebih tenang !

Walau bagaimanapun pada asalnya amalan ini terpelihara namun mahar ini untuk pembangunan umat sejagat atas beberapa petunjuk yang saya dapati selepas daripada mendapat amalan ini, maka akan digunakan untuk sumbangan pembangunan wakaf tahfiz dan sains Islam dan sumbangan amal kepada anak-anak yatim dan muallaf serta pembangunan Islam setempat yang diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Kuching (PERKACH).

Justeru, untuk mendapatkan amalan ibu duit ini memerlukan pengorbanan dan keikhlasan daripada sesiapa yang benar berhajat untuk mengamalkan amalan ibu duit ini boleh dapatkan di sini sambil berinfaq :

https://shopee.com.my/IJAZAH-RAHSIA-AMALAN-REZEKI-TOK-SYED-KOPIAH-MERAH-(EBOOK)-i.58688638.3761613045

Semoga pesanan dan amanah tersebut tidak lupa bagi maka saya mengambil inisiatif tersebut, memandangkan sekiranya diberikan secara percuma pastinya kita menganggap sesuatu ini tidak berharga jadi masing-masing ada jalan usaha sepertimana saya sendiri berusaha untuk mendapatkan ilmu dengan jalan perguruan yang mencabar bersama syeikh dan guru saya boleh baca di sini :

http://datoksirkronik.blogspot.com/2015/07/pokteh-enggong-kuala-krai-kelantan-wali.html

Melalui amalan-amalan lain yang diperturunkan dan kitaran hidup kita adalah seperti segerombolan semut atau anai-anai yang saling bantu membantu antara satu sama lain dan masing-masing akan sentiasa mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah SWT hendakNya.

Bacaan lepas di pautan ini :

http://zeckry.net/2020/05/04/amalan-ibu-duit-siri-ketiga/

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Amalan Ibu Duit Siri Keempat”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.