Pengalaman sebelum dan selepas mengenali ilmu tasawuf, tarekat

Sebelum mengenali ilmu tarekat, saya terpengaruh dengan kebanyakan orang terutama sahabat terdekat dan keluarga dengan tema berkaitan bid`ah, tuduhan kafir atau tuduhan dan terus menghukum bahawa tarekat adalah sesat, kerana menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Namun, saya menyedari apabila dapat berfikir dan bersikap berlapang dada untuk mencari jawapan yang dikatakan bid`ah yang akhirnya adalah tarekat adalah amalan sesat. Konflik pengetahuan yang kita ada dengan apa yang berlaku kepada pemerhatian yang kita lihat di media.

Sebaliknya, ilmu tasawuf saya tidak menafikan ia bersifat ilmu secara teori berbeza dengan pengamalan tarekat yang berlaku secara praktikal yang bersama kumpulan atau jamaah yang terdapat syeikh atau guru dan dan murid-murinya. Oleh itu, perbincangan dalam ilmu tasawuf yang dapat menyedari diri saya tentang modul-modul kaedah untuk mengawal dan membuang sifat mazmumah dalam diri dan cara untuk mengembalikan kesucian fitrah diri kita agar bersih daripada unsur nafsu jahat agar kembali kepada sifat-sifat mahmudah. Bagi saya, sebelum mengenali tasawuf seolah-olah tiada keperluan untuk mempelajari atau mengetahui, saya hanya merasakan apa yang tersedia ada dalam agama Islam memadai untuk diamalkan. Akhirnya, kesedaran diri saya timbul setelah saya menerima pelbagai ujian yang Allah SWT campakkan kepada kita bagaimana untuk mengawal emosi atau tekanan pada diri dan untuk berada dalam zon kesabaran yang amat sukar ditempuhi oleh semua manusia jika meninggalkan agama.

Pengalaman selepas mengikuti tarekat

Pengaaman selepas mengikuti atau mengenali tarekat saya dapat membezakan yang mana bertentangan dengan syariat dan aqidah. Oleh kerana, berdasarkan kepada pengetahuan dan pegangan agama saya dapat menilai tarekat mana yang benar dan mana yang batil kerana kumpulan tarekat yang saya ikuti tidak nampak suatu atau amalan yang sesat ia tetap bersumber kepada al-Quran dan Sunnah, bahkan sentiasa guru sentiasa menunjukkan jalan berasaskan ilmu aqidah dan syariah dan modul amalan zikrullah dan selawat serta doa-doa yang menjadi kewajipan untuk menjadi amalan setiap hari yang memberi kesan kepada diri untuk sentiasa berjiwa positif.

Justifikasi

Laporan anda berdasarkan pemerhatian/penilaian terhadap ilmu tarekat dan tasawuf sama ada di Malaysia atau di negara lain. Laporan tersebut perlu mempunyai pengalaman sebelum dan selepas anda mengenali tasawuf, tarekat dan beri justifikasi bagaimana pengalaman ini boleh membantu anda sebagai pelajar dan pekerja (jika berkaita).

Berdasarkan pengalaman tarekat dan tasauf, pada pandangan saya ia sewajarnya bidang ini harus bermula asas pengetahuan dalam ilmu agama itu sendiri dari sudut syariat dan aqidah serta berkehendak untuk melakukan perubahan diri dari yang tidak baik kepada perkara mazmumah. Di samping berfikiran terbuka untuk mendengar dan mengkaji kemudian melakuakn penilaian serta pertimbangan berdasarkan pengetahuan yang kita perolehi. Justeru, tarekat dan tasawuf yang berdasarkan syariah dan pegangan aqidah (apa yang Islam kehendaki) adalah tidak menajdi bersalahan bagi saya mengikutinya pada awalnya. Kadangkala kewujudan perselisihan dan persengketaan berpunca pada asasnya bermula daripada perselisihan bahasa dan istilah dalam agama itu sendiri, sehingga kita tidak bermuafakat di dalam mendefinisikan makna-makna perkataan dan membenarkan setiap orang setiap orang mentakrifkannya mengikut kehendak masing-masing, maka samalah seperti mereka yang ingin mengukur panjang landasan keretapi mengikut hawa nafsunya, terkadang ia meluaskannya, pada masa yang lain pula memendekannya. Akhirnya keretapi tidak berjalan dan tidak pula melalui landasan tersebut.

Oleh itu, bagi saya tarekat dan tasawuf yang telah diikuti dapat membantu diri dan keluarga saya untuk sentiasa melakukan segala kebaikan sesama makhluk Allah SWT dengan limpahan kasih sayangNya. Selain itu, menjadikan saya lebih peka untuk sentiasa berusaha untuk majukan diri dalam perkara kebaikan, berjiwa positif, berfikiran terbuka serta tidak membuang masa kepada perkara-perkara yang tiada faedah dalam masyakarat dan agama itu sendiri agar kita sentiasa mengingatiNya sama ada ketika senang atau susah. Maka dapat saya katakan bahawa tarekat adalah suatu kreativiti untuk menzahirkan dan implementasikan perbincangan dalam ilmu tasawuf kerana Islam adalah agama yang suci yang mencorak adalah penganutnya kalau cantik, gemilang dan berkilau, maka baiknya dan sejahtera kesemuanya. Sekiranya berlaku kerosakan atau memburukkan imej itu bukan dari Islam tetapi dari penganutnya. Islam tidak menyekat kreativiti kerana ia adalah universal. Oleh itu, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ adalah yang paling sempurna, mudah, ideal dan paling berkesan dan amat saintifik.

                                                                                                         

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Hadis Nabawi

Al-Quran Cordoba. (2012). Al-Quran Cordoba (Terjemahan). Bandung: Cordoba Internation Indonesia.

Ismail Mamat & Khairul Hamimah Mohamad Jodi. (2011). Kaedah Pengajian Usuluddin. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid & Raiham Mohd Sanusi. (2021, October 28). 47 kes ajaran sesat dilaporkan sejak Januari tahun lalu. Retrieved November 16, 2021, from Sinarharian website: https://www.sinarharian.com.my/article/169207/BERITA/Semasa/47-kes-ajaran-sesat-dilaporkan-sejak-Januari-tahun-lalu

Mohd Fadil, A. (2011). Sekelip Cahaya. Kota Bharu: Al Baqir Enterprise.

Muammar Ghaddafi Hanafiah. (2019). Isu Membidaahkan Amalan Masyarakat Melayu: Analisis Wacana Media Massa (Accusations of Heresy Against the Practice of Malay Community: A Mass Media Discourse Analysis). Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication,Universiti Kebangsaan Malaysia, 35(2), 68–86. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3502-05

Muhammad Mudarris Nadzir. (2006). Mengusik Keheningan Hakekat. Lajnah Ta`lif Wa Nasyr Nahdlatul Ulama (LINU), (NUASA).

Mukhtar Ali Ad-Dasuqi. (2010). Majalah Aqidati. Majalah Aqidati. Retrieved from http://lahzetnour.com/

R.H.A Soenarjo S.H. (1971). Al-Quran dan Terjemahannya. Jakarta: Yayasan Penyelenggara Penterjemahan/Pentafsir Al-Quran.

Wan Haslan Khairuddin, Abdull Rahman Mahmood, & Wan Haslan Khairuddin. (2020). Konsep Tasawwuf dan Tarekat Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Uuniversiti Kebangsaan Malaysia, 17.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Pengalaman Tasauf dan Tarekat”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.