Selawat Nariah atau dikenali Selawat Tafrijiyyah sebelum ini penah dicatatkan di sini :

Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah

Menurut Dr Ali Gomaa, Mantan Mufti Mesir dan ahli Majlis Ulama Kanan di Al-Azhar Al-Sharif, mendapati selawat ke atas junjungan kita Muhammad S.A.W-semoga Allah merahmatinya dan memberi kedamaian– dikenali sebagai “ Selawat Nariah atau Solawat Tafrijiyyah (doa yang berapi-api) yang merupakan salah satu formula yang diilhamkan oleh sesetengah Ahlillah. Panggilan lain selawat ini bermaksud jika dibaca dengan niat yang ikhlas untuk mencapai perintah/hajat akan tercapai ibarat seperti api yang menyala-nyala, dengan berkat rahmat Allah kepada kita semua.

Selawat ini dijadikan sebagai formula doa yang boleh diamalkan seperti zikir yang diulangi sebanyak 4444 kali bagi meringankan keperluan, hajat dan mengharapkan Allah SWT yang maha berkuasa mengabulkan. Menurut Mufti sebelum ini, selawat ini sangat berkesan jika selalu diamalkan berjumlah 4444 kali atau paling kurang 100 kali yang juga diamalkan oleh Imam Ahmad al-Rifaie al-Kabir.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.