Apa kelebihan yang bernama insan
Apa kelebihan yang bernama insan

Apa kelebihan yang bernama Insan… Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT…Tuhan yang tidak diketahui keadaan..Tuhan yang tidak dilihat bentuk..tidak pernah dikenal dan tidak tahu disebut..melainkan apabila dia memperkenalkan diri Dia..

Maka syukur ke hadrat Dia kerana dalam diri yang asalnya tidak diketahui ini kita yg berada di dalamNya sehingga kita dizahirkan tuhan..maknanya ketika tidak wujud sesiapapun tidak pernah ada wujud suatu benda yang dinamakan wujud…tidak ada….ketika tidak ada langit dan bumi belum dicipta..kitika tidak ada siang dan malam belum pun hadir..ketika tiada mahari dan bulan maka ketika ini..kita telah berada dlm ILMU ALLAH..

Kita telah berada dalam pandangan Allah..sehingga terbitlah yang disebutkan tadi bulan dan matahari..langit dan bumi..siang dan malam hanya kerana Allah memandang kita dalam DIRINYA dan amat-amat mengetahui akan keperluan kita untuk hadir ke dunia ini..betapa kita perlukan langit..betapa kita perlukan bumi..wujudnya kita memerlukan siang dan malam..wujudnya kita memerlukan matahari ( sumber tenaga ciptaan bio velocity yang boleh memberi tenaga kepada manusia) dan bulan..hanya kerana memandang Allah kepada kita maka dizahirkanlah yang lainnya..Sewajarnya kita yang mempunyai kelebihan yang dicipta Tuhan..

Apa Kelebihan Yang Bernama Insan…

 

Apa kelebhan kita sebagai manusia di atas muka bumi..apa kelebihan kita melebihi siang dan malam..melebihi langit dan bumi..apa kelebihan kita..? yang diberi tuhan melebihi pokok kayu..tumbuhan-tumbuhan..binatang yang menyelam dalam air..wujud kita melebihi binatang yang terbang di udara..ujud kita melebihi binatang yang melata atau merangkak di atas bumi ini..juga kita lebih daripada malaikat ( kisah Isra Wal Mikraj) lebih kita daripada jin (dengar cerita manusia boleh bunuh jin dan hantu) keseluruhannya..lebih kita daripada dunia dan akhirat..

Apa kelebihan yang bernama Insan

Apakah keistimewaan yang diberi Allah sehingga kita melebihi dari segala-galanya..tidak lain hanya ada pada DUA keadaan..

Pertama : Kita dilebihkan kerana memiliki KESEDARAN..lembu dan kambing wujud tetapi tidak memliki kesedaran sebab tu dia (lembu dan kambing) tidak menerima hukum dan perintah…Maka pertama kita memlilki KESEDARAN…kita ada SEDAR.

Kedua : Kita memiliki ilmu pengetahuan..yang ni tidak dimilik oleh makhluk-makhluk yg lain..

Persoalanya…Kenapa kita diberi dengan ilmu pengetahuan ?..kerana ilmu pengetahun kerana ilmu pengetahuan menjadikan kita org yang boleh mengetahui..kerana tidak ada yang mengetahui selain daripada Allah..

Maka kita dilebihkan dengan ilmu pengetahuann..apa terjadi orang yang memiliki pegetahuan ? Dia mengetahui…apa kelebihan orang yang mengetahui ?

Dia dapat memahami..apa lebihnya bila dia faham..dia dpt mengerti,.di mana lebihnya orang yang boleh mengerti..? dia dapat membezakan..sebab tu lebih kita tu ni apa? boleh membezakan…kita diberi peluang dpt membezakan…contohnya..kita saja yang mengetahui apa itu gelap dan apa itu cerah..lembu kambing tidak megetahui..malaikat tidak mengetahui…jin tidak mengetahui..seluruh alam tidak tahu apa itu gelap dan apa itu cerah….Malah galap pun tidak tahu diri dia gelap..cerah pun tatau pun dia tu cerah..yang mengetahui hanya yang bernama INSAN..yang memiliki kemampuan untuk mengetaui..

Maka kenapa kita diberi pengetahuan..? Untuk kita mengetahui siapa itu tuhan ?persoalannnya tau ke kita..Tuhan tu siapa ? Kita boleh mengetahui segala2nya..tetapi yang mencipta segalan2nya tu… tau ke kita siapa Dia..kita solat macam kita tahu..tapi cuba kita tanya apa kita tahu tentang solat ? Ikuti catatan akan datang…

Ku kembalikan kepada keimanan anda yang terbanyak….

 

 

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Apa Kelebihan Yang Bernama Insan”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.