Apa itu Riba ?

Syariah Islam adalah untuk mencantikkan kehidupan umat manusia dan diciptakan untuk menyelamatkan manusia daripada tipu daya seterusnya untuk menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat (falah) melalui penegakan pelbagai seruan yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Segala hukum dan perintah sebagai pengatur manusia dalam berbagai aspek iaitu bidang ‘ubudiyah dan muamalah. Menurut (Maulidizen, 2016) selain prinsip-prinsip ekonomi Syariah sebagaimana disebutkan di atas, dalam Hukum Islam terdapat moral ekonomi yang dikenali sebagai Golden Five, iaitu keadilan, kebebasan, persamaan, partisipasi dan pertanggungjawaban.

Menurut (Ab Rashid Dail, 2013), perbankan Islam menolak secara mutlak pengurusan kewangan yang berasaskan faedah, kerana cendikiawan Islam sependapat bahawa faedah secara mutlak sama dengan riba nasi`ah yang diharamkan oleh al-Quran sebagaimana firman Allah bermaksud :

“ Mereka yang memakan (mengamalkan) riba tidak dapat bangun melainkan seperti bangunnya orang yang dirasuki syaitan. Demikian itu kerana mereaka mengatakan (berpendapat) sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Padahal Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (QS: al-Baqarah: 275)

Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan akibat buruk daripada amalan riba. Malah pada zaman Rasulullah SAW, kesannya telah kelihatan kerana amalan riba menyebabkan penindasan kepada golongan lemah, kezaliman daripada golongan yang kaya dan menyebabkan terjadinya perhambaan serta menjadi suatu peluang meraihkan keuntungan secara tidak adil.

Oleh yang demikian, penulisan ini adalah untuk membincangkan tentang pemahaman riba menurut sumber perundangan Islam dengan menerangkan setiap sebab pengharamanya bagi barangan ribawi (al-nuqud dan barangan al-at’imah). Selain itu akan menganalisi isu-isu kontroversi berkenaan riba yang bincangkan oleh ulama dengan penjelasan yang relevan.

Pengertian riba

Takrif

Riba dari bahasa Arab bererti “tambahan atau tumbuh.” (al-Misri, t.t).

Firman Allah bermaksud : “Dan apa-apa wang yang kamu berikan dengan riba (tambahan, bunga), agar bertambah banyak harta manusia, maka tidaklah wang itu bertambah banyak di sisi Allah. Dan apa-apa (zakat) yang kamu berikan (kepada orang), kerana menghendaki keredaan Allah, maka itulah yang berlipatganda. (QS Surah Ar-Rum: ayat 39)

Definisi

Riba bermaksud tambahan atau lebihan atau tidak sama timbangan atau sukatan semasa berlakunya pertukaran jenis bahan yang tertentu sahaja iaitu bahan ribawi.

Hadith Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahan ribawi(maksudnya): “Emas dengan emas, perak dengan perak, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, serupa dengan serupa, unjuk-berunjuk (secara kontan / tunai); sesiapa juga yang membayar lebih atau meminta (mengambil) lebih maka dia telah terlibat dengan riba. Orang yang mengambil dan yang membayar adalah sama.” (Riwayat Muslim, al-Tirmidhi, al-Nasa’i)

Namun daripada sudut Syariah, Imam Shafi’e berpendapat bahawa Riba diklasifikasikan kepada dua kategori, riba akan timbul daripada amalan-amalan berikut:

 Riba al-Duyun (Hutang):

Riba yang berlaku akibat pinjaman atau berhutang apabila pemiutang menetapkan bahawa peminjam perlu memulangkan lebih daripada pinjaman atau hutang asal, atau pun terdapat ketetapan bahawa jumlah bayaran semula akan meningkat dengan kelewatan bayaran.

Misalnya Abu Bakar memohon pinjaman wang berjumlah RM10,000 dari bank konvensional dan disyaratkan membayar balik wang tersebut dengan nilai RM18,000. Maka lebihan nilai hutang pokok tersebut yang bernilai RM8,000 itu adalah riba. Bagi keadaan yang kedua, En. Ikram menjual kereta berharga RM40,000 secara tangguh dalam tempoh 5 tahun. Disebabkan pembeli tidak dapat membayar dalam tempoh yang dijanjikan, En. Ikram memanjangkan lagi tempoh pembayaran dengan menambahkan hutang yang perlu dibayar oleh pembeli. Maka tambahan yang dikenakan itu adalah riba.

Riba al-Buyu` (Jual Beli):

Riba yang berlaku dalam akad jual beli barang ribawi dan berlaku dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantiti. Keadaan yang kedua adalah jual beli atau pertukaran di antara barang ribawi yang berlainan jenis tetapi sama illah ribanya secara tertangguh (bukan dalam satu masa). Sepertimana dinyatakan di dalam hadis riwayat Muslim dalam syarat pertukaran barang ribawi.

Contoh bagi keadaan yang kedua, Puan Ruhana membayar RM3,585 untuk membeli matawang Rupiah Indonesia berharga RP100,000, oleh kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, matawang Rupiah tersebut diserahkan kepada Puan Ruhana selepas seminggu.

Akibat menangguhkan penyerahan matawang tersebut berlakunya riba kerana pertukaran diantara barang ribawi (matawang Rupiah dan Ringgit) oleh Puan Ruhana dikira sebagai riba yang diharamkan oleh Islam.

Ini adalah kerana pertukaran atau belian antara barang ribawi yang sama illah ribanya (dalam contoh ini illah riba adalah alat pertukaran) hendaklah berlaku secara serentak di dalam majlis akad (Bank Muamalat, 2015).

» Read more

Komunikasi : Hubungan Peribadi

Menurut (Shahrol Aman Ahmad,et.al, 2012) Komunikasi adalah proses pemindahan maklumat dan pengetahuan dari seorang individu atau pihak kepada orang lain atau pihak dengan menggunakan simbol-simbol yang bermakna. Ia adalah satu kaedah pertukaran dan perkongsian idea, sikap, nilai, pendapat dan maklumat.

Walaupun terdapat beberapa jenis komunikasi, namun, penulis memilih jenis komunikasi interpersonal yang merujuk kepada konteks komunikasi yang melibatkan dua individu. Daripada, dua pcrkataan utama dapat dikenal pasti iaitu ‘inter’ dan ‘person’ Inter bermaksud antara dan ‘person’ pula merujuk kepada individu. Justeru itu, secara umum komunikasi interpersonal dapat dikatakan sebagai komunikasi antara individu.

Manusia secara semula jadi memilih individu-individu tertentu untuk berkomunikasi. Ada ketika manusia memilih untuk tidak terlibat langsung dalam sesuatu interaksi. Buber (1970) berpendapat dalam membentuk jalinan hubungan yang akrab seseorang itu akan mengambil masa yang lama, tenaga dan keberanian dalam menawarkan keakraban seseorang. Menurut Buber (1970) lagi manusia melaburkan usaha dan menanggung risiko dengan membuka diri secara mendalam hanva dengan individu tertentu sahaja. Justeru itu, komunikasi interpersonal dapatlah dikatakan sebagai satu interaksi yang akrab dengan orang-orang tertentu sahaja.

Kajian oleh Buber (1970) menunjukkan peringkat komunikasi interpersonal yang tertinggi adalah komunikasi yang mclibatkan individu. Menurut beliau lagi, kita tidak boleh melihat individu sebagai manusia biasa. Manusia dilihat sebagai individu vang unik terutamanya dalam komunikasi interpersonal. Dalam hal ini, manusia tidak akan berinteraksi melalui peranan sosial mereka sahaja (pensyarah-pelajar, ketua-pekerja ataupun guru-murid) tetapi kita perlu memahami perbezaan yang wujud dalam setiap diri individu. Memahami perasaan takut, seronok dan gembira individu memerlukan tempoh masa yang panjang. Apabila kepercayaan terbentuk, maka individu mula mendedahkan peribadi mereka dan akan membenarkan kita melihat diri mereka yang unik. (Shahrol Aman Ahmad,et.al, 2012)

Oleh itu, tugasan ini akan membincangkan mengenai kepentingan komunikasi dalam sebuah hubungan peribadi dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya konflik dalam hubungan peribadi. Di samping menjelaskan strategi yang berkesan bagi mengatasi konflik dalam hubungan peribadi.

» Read more